Jumaat, 13 Januari 2012

filem songlap 2011





Sinopsis Songlap 

Filem Songlap mengisahkan kehidupan penuh pancaroba dua orang adik beradik yang sememangnya dilahirkan di dalam dunia gelap atau anak jalanan. Kisah Am dan Ad yang mempunyai kehendak dan juga personaliti yang berbeza namun disatukan atas satu tujuan yang sama. Mereka berdua telah bekerja dan bersekongkol dengan sindiket menjual bayi yang dikendalikan oleh Mama dan juga kuncu-kuncunya. 

Namun keperluan dan juga kehendak mereka sangat berlainan. Si abang sibuk mengumpul duit untuk melangsaikan hutang-hutangnya dan dalam masa yang sama masih lagi terlibat di dalam kancah perjudian. Manakala, si adik pula yang baru kehilangan rakan baiknya Razak kepada najis dadah telah menanam semangat baru ketika dia melalui dua penolakan yang major di dalam hidupnya. Satu, ketika dia berjumpa dengan wanita yang disangka ibunya itu, yang juga merupakan seorang pelacur itu tidak tahu bahawa Ad adalah anaknya. Kedua pula ketika dia tidak berjaya memenangi wang hadiah dari pertandingan menari.

Namun, perjumpaan mereka dengan Hawa, adik kepada Razak yang sedang melarikan diri daripada ayahnya sendiri telah mengubah perjalanan hidup mereka. Ad sememangnya tidak setuju dan simpati dengan nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Sehingga Ad sedar bahawa dia perlu menyelamatkan Hawa dari dijual bersama dengan anak luar nikah yang dikandung Hawa. Ad dengan niat dan tekad membawa Hawa keluar dari klinik tersebut dan telah meletakkan nyawa Am juga di dalam bahaya. 

Setelah Am menyaksikan pembunuhan kejam Abang Mat oleh Keong yang juga telah meletakkan Am di dalam satu ancaman lain. Namun, pergolakan antara dua beradik ini menjadi semakin hebat apabila Ad ingin membawa Hawa dan anaknya keluar dari kancah pemerdangan manusia itu. Akibatnya, Ad dan Am diancam oleh kuncu-kuncu Mama yang mengarahkan agar mereka semua dibunuh. Mampukah dua beradik ini berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan berjayakah mereka berdua melarikan diri? Apa pula akan terjadi kepada kehidupan dua beradik ini dan Hawa? Saksikan di pawagam yang berhampiran!

Tiada ulasan: