Khamis, 26 Januari 2012

Nilai sebuku roti kepada penjaga gol Trabzonspor



Nilai sebuku roti kepada penjaga gol Trabzonspor (Tolga Zengin)

Dalam satu perlawanan UEFA Cup antara Athletic Bilbao (Spain) dan Trabzonspor (Turki), ketika perlawanan menuju minit-minit akhir, salah seorang penyokong Bilbao cuba untuk mengalih perhatian penjaga gol Trabzonspor, Tolga Zengin dengan melemparkan sebuku roti kepada penjaga gol tersebut.

Tetapi Tolga Zengin telah mengutip roti tersebut dan meletakkannya di dahi. Kemudian beliau memberikan roti tersebut kepada pengawal keselamatan bagi mengelakkan roti tersebut hancur dalam perlawanan itu.

Selepas perlawanan itu, atas permintaan wartawan Eropah, Tolga Zengin yg juga merupakan kapten pasukan Trabzonspor telah mengadakan sidang akhbar bagi menjawab tindakan beliau;

"Tiada apa yg mengejutkan dengan tindakan saya. Apa yg mengejutkan saya ialah apabila melihat sebuku roti telah dilemparkan ke atas padang untuk menyakiti saya sedangkan ramai manusia sedang kebuluran di Somalia"..

 "ORANG KITA jgn ckap roti..beger..kacang..air pun beterbangan..jadi jadikan  la iktibar"

1 ulasan:

RHI berkata...

ya Allah...beliau masih sempat memikirkan nilai insani