Selasa, 31 Januari 2012

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia






Ingatlah kamu dahulu hanya….

setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti….
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu….
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu….
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia….
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’….
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’….
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal….
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna….
Harta, tahta dan putera….
Isteri, kad kredit dan kereta….
Kondominium, saham dan niaga….
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

3 ulasan:

  1. kalau hanya dunia yang dipentingkan
    akhirat pun dah x ingat la

    BalasPadam
  2. allah hu akbar..penuh keinsafan puisi ni..boleh akak ambil buat simpanan? mekasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh ja akak
      ambil la apa pun dalam blog ni

      Padam