KUALA
 LUMPUR - Denyutan jantung pelakon, model dan pengacara  televisyen, 
Wardina Saffiyah Fadhlullah Wilmot bagaikan terhenti  seketika apabila 
dia yang terjaga daripada tidur selepas selimutnya  direntap tiba-tiba 
ternampak kelibat tiga lelaki yang menutup muka  berada dalam bilik 
tidurnya.
Semasa
 kejadian pada pukul 3 pagi itu, Wardina, 33, yang tidur  seorang diri 
dalam bilik utama di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit  Antarabangsa 
di sini tidak mampu menjerit atau berbuat apa-apa kerana  terlalu takut.
Sejurus
 selepas itu, artis terbabit mula sedar bahawa rumahnya telah  dimasuki 
perompak dan saat itu ketakutannya bertambah kerana dikhuatiri  dirinya 
atau ahli keluarga yang tidur di bilik lain akan diapa-apakan  
penjenayah itu.
"Saya
 terus berdoa agar tidak berlaku apa-apa yang buruk terhadap  diri saya 
dan ahli keluarga saya," kata Wardina semasa menceritakan  detik-detik 
cemas berhadapan dengan tiga perompak ketika ditemui di  rumahnya di 
sini semalam.
Mengimbas
 pengalaman itu, Wardina berkata, ketiga-tiga penjenayah  yang membawa 
kayu panjang, pemutar skru dan pemotong besi masuk ke  rumahnya selepas 
mengumpil pintu belakang.
Wardina
 tidur seorang diri kerana demam. Suaminya, Ihkwan Johari, 37,  tidur 
bersama anak bongsu lelakinya, Imran Ar-Razi, 3, di bilik lain di  
tingkat atas.
Dua
 anak perempuan pasangan itu, Amna Nafeesa, 8, dan Azra Fareera,  5, 
tidur bersama di sebuah bilik di tingkat atas manakala seorang  saudara 
Wardina warga Aceh tidur di tingkat bawah.
"Ketika nyenyak tidur, tiba-tiba saya terjaga apabila terasa selimut direntap sebelum saya dengar orang arahkan saya bangun.
"Bila
 saya buka mata saya nampak ada tiga lelaki asing dalam bilik  saya 
dengan dua lelaki sedang menyelongkar bilik," ceritanya lagi.
Perompak kemudian membawa ahli keluarganya ke bilik tersebut sebelum tangan suaminya diikat dengan wayar kabel komputer.
Wardina
 memberitahu, perompak tersebut yang bercakap loghat Indonesia  beberapa
 kali mengugut dia dan suami supaya menyerahkan wang dan barang  kemas.

 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan