Ahad, 29 April 2012

Doa buat Kekasih

Ya Allah...Seandainya telah engkau catatkan Dia tercipta untukku Satukanlah hatinya dan hatiku Titipkanlah kebahagian di antara kami,Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihani,Seiringkanlah kami melayari hidup iniKetepian yang sejahtera dan abadi Maka jodohkanlah kami

Tetapi Ya Allah...Seandainya telah engkau takdirkan Dia Bukan milikku Bawalah dia jauh dari pandanganku Luputkanlah dia dari ingatanku Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti...Berikanlah aku kekuatan Menolak bayangannya jauh ke dada langit Hilang bersama senja nan merahAgar aku sentiasa tenang Walaupun tanpa bersama dengannya.

Ya Allah yang tercinta...Peliharalah aku dengan takdirmu Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan Adalah yang terbaik untukku sesungguhnya engkau maha mengetahui Segala yang terbaik untuk hambaMu ini....

Dan sekiranya aku menemui seseorang yang baru di dalam hidupku Kau semaikan lah rasa ka sih sayang dan cintaku yang penuh ikhlas kepada dirinya Agar diriku dan dirinya memahami antara satu sama lain Dan terbinalah satu ikatan yang lebih suci dan murni

Aku hanya manusia biasa.mungkin telah banyak kesalahan yang telah ku lakukan
moga aku sentiasa di jalan yang benar dan engkau redhai.

Ya Allah...Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku Di dunia dan di akhirat Dan peliharalah kami dari azab api neraka Amin.


Rabu, 25 April 2012

7 Sunnah Rasulullah

 JANGAN BACA SAJA ,AMALKAN LAH YA WAHAI SAHABATKU SEMUA



Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 

Moga kita mendapat barokah daripada-Nya.. Amin

Khamis, 12 April 2012

PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG KE 14




Setinggi-tinggi tahniah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di atas pertabalan baginda sebagai Yang Di Pertuan Agong Malaysia ke 14.


Baginda Tuanku dilahirkan pada 28 November Kali pertama Baginda Tuanku ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong ke-5 pada tahun 1970 dan tempoh berakhir pada tahun 1975.1927 dan ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-27 sejak 1958 sehingga kini.

Kali pertama Baginda Tuanku ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong ke-5 pada tahun 1970 dan tempoh berakhir pada tahun 1975.

Sejarah bagi Malaysia buat kali keduanya, Baginda Tuanku ditabalkan secara rasmi sebagai Yang Dipertuan Agong ke-14.

semoga DYMM Tuanku serta DYMM Raja Permaisuri Agong dipanjangkan usia, mendapat keberkatan hidup dan mentadbir negara dengan dilimpahi rahmat dan keberkatan serta mentadbir negara.

                                                   DAULAT TUANKU

Selasa, 10 April 2012

BUAT DUIT DENGAN RM0 MODAL DAN FREE SELAMANYA

MUDAH SAJA  TAPI KENA USAHA LA SAMA
MANA DUIT NAK JATUH DARI LANGIT KAN
SAYA SAJA TRY JA BENDA NI
NAMPAK MACAM MUDAH JA
KLAU NAK TAU SELANJUTNYA SILA KE LINK DI BAWAH NI
TERIMA KASIH,SALAM

http://signup.wazzub.info/?lrRef=540efe1e