Jumaat, 24 Februari 2012

Orang Bunian

Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elfdalam legenda Eropah.
Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian.
Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi di dalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.

Asal-usul
Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul orang bunian, antaranya adalah mereka adalah dari keturunan jin. Pendapat kedua menyatakan mereka adalah hasil perkahwinan antara manusia dengan jin.

Hubungan dengan manusia
Oleh kerana orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah menghairankan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikannya kerana perbezaan bagi manusia (berasal dari unsur tanah) dan bunian (berasal dari unsur api). Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin kembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaitu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.

Pemakaian Bunian Wanita
Di Malaysia,berbeza dengan bunian lelaki yang mempunyai pakaian yang pelbagai, bunian wanita sering didapati memakai baju kebaya dan berselendang dikepala. Bunian wanita juga selalunya mengikat rambut gaya siput dua dikepala. Bunian tidak memakai tudung tertutup rapi ataupun labuh.
Di sekitar benua Eropah pula, bunian wanita sering dilihat berpakaian gaun tertutup bewarna putih atau warna lusuh dengan mahkota yang diperbuat dari ranting kayu yang melilit dan terdapat bunga-bunga kecil pada ranting tersebut.

Rabu, 22 Februari 2012

10 Tips Percintaan Jarak Jauh

hello.. ada sapa2 disana yang tengah bercinta jarak jauh? Mungkin ramai jugakan yang mempunyai cinta jenis jarak jauh ni.. mungkin berjauhan sebab si dia masuk U atau Kolej yang berada di tempat lain, luar negeri atau negara, atau si dia bekerja ataupun si dia dan anda memang berada di tempat berjauhan contoh bercinta melalui ruang siber atau SMS.. Semasa berjauhan anda pasti merindu si dia, atau anda pasti curiga mengenai si dia.. benarkah si dia jujur dan setia dengan anda.. disini saya ingin memberi sedikit tips untuk sesiapa yang bercinta jarak jauh..
Anda harus sentiasa menghubungi si dia. Sekali sekala call si dia, dan selalu bermesej dengan dirinya.. sekiranya anda sibuk atau tak suka mesej selalu, jujur padanya.. beritahu yang anda sibuk atau penat. sebolehnya call si dia, supaya tak mesej pun xpa yang penting dpt dgr suara. dan mesej itu penting.. hanya itu penghubung yang mudah bagi anda berduaJika anda mempunyai kelebihan budjet, anda bolehlah menggunakan 3G. Dengan 3G anda boleh menatap wajah si dia ataupun buat spot cek dimana dia berada. bila si dia kata dia kuar dengan teman2, anda boleh 3G si dia, dan melihat dimana dan dengan siapa dia berada. tak boleh lah kan nak menipu..kecuali tempat tu tiada line 3G heheTunjukkan anda menyayangi si dia dan akan ada untuk si dia, setiap kali si dia call anda atau mesej anda, anda sentiasa dapat menjawab tanpa sebarang masalah kecuali anda x perasan atau sibuk. tapi jika seharian panggilan x dijawab, mesej tak berbalas mesti ada sesuatukan?Apabila hari2 penting hadir seperti hari jadi si dia, hantarkanlah hadiah buat si dia. dan sentiasa ingat akan hari yang penting dalam hidup si dia. berikan hadiah yang istimewa buat si dia tak perlu yang mahal tetapi sesuatu yang ikhlas dari anda.
Jika si dia sakit, korbankan sedikit masa buat si dia. Jika si dia sakit, janganlah anda pergi bersuka2 seperti keluar bersama2 teman2. sebolehnya temanilah si dia, dengan call bertanya khabar. ini menunjukkan biarpun anda berjauhan tetapi anda sentiasa dekat dengannya apalagi dalam keadaan si dia seperti itu.Anda dan si dia harus sentiasa berkomunikasi, supaya salah faham tidak terjadi. Jika anda syak akan dirinya, berbincang secara jujur jgn main tuduh melulu. Berfikir secara rasional dan pastikan anda tidak mengikut kata hati anda. Sesungguhnya untuk memusnahkan sesuatu perhubungan adalah mudah seperti menarik picu bom tangan..
Mengenali semua teman2 si dia, sapa yang rapat dengan si dia, dengan siapa dia keluar. bukan nak mengawal, tapi hanya mengambil tahu. Lebih baik mencegah dari merawatkan? cemburu tanda sayang tapi bila berlebihan menjadi racun plak..Anda juga harus melakukan apa yang anda ingin pasangan anda lakukan seperti sentiasa berhubung, tak cemburu buta, sentiasa ambil berat diri si dia dan tidak bermain kayu 3. Jika anda melakukan begitu, pasti pasangan anda juga turut melakukan sedemikian.Anda dan si dia harus sentiasa bertolenrasi, give and take dalam apa jua perkara.
Dan semestinya anda harus sentiasa berdoa agar hubungan anda akan bahagia selalu dan semakin erat walaupun jarak beribu batu. seperti bait2 lagu dato' siti nurhaliza sutramayaJarak antara kita umpama pengukur pencintaan..
semua tips tu, harap dapat memperkukuhkan hubungan anda dan si dia. jangan biarkan jarak menjadi punca perpisahan anda.

Selasa, 21 Februari 2012

Kenapa wanita agama kamu menutup aurat?

Seorang lelaki non-muslim bertanya kpd seorang lelaki muslim..

Non muslim : Kenapa wanita agama kamu menutup aurat?

Lelaki muslim :tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula2 di dlm koceknye, Lalu salah satu darinya
dibukakn bungkusannya..kemudian dia
melemparkan kedua gula2 itu ke
atas lantai..lalu bertanya kpd
lelaki kristian "Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan
pilih?

Non muslim : sudah tentulah yang masih dalam bungkusan

Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa..

Isnin, 20 Februari 2012

BAHAYA PANADOL

Saya rasa ramai diantara anda yang dah tahu @ pernah terbaca mengenai bahaya PANADOL @ PARACETAMOL.
Kepada yang tak tahu apa itu Paracetamol? Paracetamol ialah ubat tahan sakit yang paling popular di seluruh dunia. Paracetamol sering digunakan untuk mengurangkan rasa sakit kepala, pening, demam, serta dapat mengurangkan sakit gigi, migrain, sakit pinggang dan lain-lain. Paracetamol yang paling dikenali di Malaysia ini ialah PANADOL @ ACTIFAST.
Baru-baru ini, kawan saya ada forward 1 artikel yang mengingatkan tentang betapa bahaya pengambilan PANADOL ini. 



“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Petua hilangkan pening (Cara Alternatif)
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron atau ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik (contohnya air 100 Plus).

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan.
Kaedah lain ialah ;

Merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Sumber:  
http://pakarhowto.com/info-berguna/bahaya-paracetamol-panadol.html

Ahad, 19 Februari 2012

Nasihat Imam Shafie Tentang Sahabat Sejati

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

Mencari Sahabat Di Waktu Susah
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

Pasang-Surut Persahabatan
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat
Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.
Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.

Sukarnya Sahabat Sejati
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya.
Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

Sahabat Sejati Di Waktu Susah
Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.
Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.

Rosaknya Keperibadian Seseorang
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

Menghormati Orang Lain
Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.
Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

Menghadapi Musuh
Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.
Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.
Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

Tipu Daya Manusia
Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

Tempat Menggantungkan Harapan
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

Menjaga Nama Baik
Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.
Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.

Sabtu, 18 Februari 2012

golongan ahli neraka

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-
"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakanoleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda.Lalu baginda menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-


  • Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
  • Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
  • Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala . Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
  • Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
  • Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
  • Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
  • Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran
  • Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
  • Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
  • Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
  • Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Jumaat, 17 Februari 2012

khutbah terakhir rasulullah s.a.w

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
                             Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. 


Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang. 



Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil. 

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. 

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Jangan Bangga Diri

Diceritakan orang pada suatu ketika dahulu terdapat seorang professor yang tersangatlah pandainya dalam hal ilmu-ilmu sains duniawi. Pada suatu hari professor tersebut teringin membuat satu kajian masyarakat di pendalaman yang tinggal di tepi sungai. Maka si professor tadi menyewa sebuah sampan untuk ke hulu sungai.

Sepanjang perjalanan memudiki sungai si professor terpesona dengan keindahan alam serta kekayaan flora dan fauna di bumi Malaysia Boleh ini. Si Professor bertanya kepada pak cik pendayung sampan ; “Apa yang pak cik tahu tentang ilmu botani ?” Lalu pak cik itu menjawab ; “entah la nak, pak cik tak sekolah.” Professor berkata lagi ; “Kalau begitu pak cik telah kehilangan 10% dari hidup pak cik kerana tak tahu ilmu botani.” Professor bertanya lagi ; “Apa yang pak cik tahu tentang zoologi ?” PAk cik itu menjawab ; “Entahlah, pak cik tak sekolah.” Professor mengulas lagi ; “Pak cik kehilangan 10% lagi dari hidup pak cik kerana tak tahu zoologi.”

Sedang professor memerhatikan flora dan fauna, si pakcik bertanya ; “Professor tahu berenang ?” Professor tu jawab ; “Tak tahu, saya tak ada masa nak belajar berenang.” Lalu pak cik itu mengulas ; “Professor akan kehilangan 100% hidup professor kerana sampan ini bocor dan kita tak sempat sampai ke tebing.”

Khamis, 16 Februari 2012

MENGENAI LELAKi


Lelaki amat bencikan
lelaki lain yang cuba
untuk menggoda kekasih
mereka.

Lelaki akan sibuk
dengan pekerjaan
mereka sepanjang hari,
tetapi sebelum tidur,
pasti mereka akan
memikirkan mengenai
wanita yang mereka
benar-benar sayang.

Apabila lelaki benar-
benar sayang terhadap
seorang wanita, mereka
akan mengabaikan semua
karakter negatif yang
ada pada wanita
tersebut.

Lelaki akan membuat
seribu satu kesimpulan
sekiranya seorang wanita
senyum kepada mereka.

Lelaki akan lebih
untuk berusaha memikat
wanita yang menolak
cinta mereka, ini adalah
kerana mereka sukar
untuk menerima
kekalahan.

Lelaki amat sukar
untuk difahami
melainkan anda seorang
pendengar yang setia

Rabu, 15 Februari 2012

Erti Persahabatan

 • Berkawanlah dengan sesiapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah. 
• Bersabar dalam pergaulan adalah suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain. 
• Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang sekata amat sukar. 
• Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah) 
• Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya. 
• Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tetapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya. 

Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayah adalah di tangan Allah.

Berkawan dengan orang yang kurang baik akhlaknya adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.

Selasa, 14 Februari 2012

Filem Adnan Sempit 2

 
Release Date
23 Februari 2012
 
Genre
Aksi,Komedi
 
Description
Kisah mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.

Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris?
 
Starring
Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Along Cham Raja Lawak, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Aznah Hamid dan Angah Raja Lawak.
 
Directed By
Ismail bob Hashim
 
Produced By
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Isnin, 13 Februari 2012

34 minit sehari khas untuk umat islam


Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kadang-kala kita terlalu sibuk sehinggakan kita jadikan ia alasan untuk melengah-lengahkan solat atau lebih teruk lagi, meninggalkannya terus. Jikadilakukan sedikit pengiraan, dalam sehari, kita perlu menunaikan solat:

  • Subuh: 2 rakaat
  • Zuhur: 4 rakaat
  • Asar: 4 rakaat
  • Maghrib: 3 rakaat
  • Isyak: 4 rakaat
Jadi jumlah keseluruhan adalah 17 rakaat sehari. Katakan seseorang itu mengerjakan solat lebih kurang 2 minit untuk setiap rakaat, maka jumlah masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari hanyalah selama 34 minit. Dalam sehari ada 24 jam bersamaan 1440 minit. Jika dikira peratusan masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari, hanyalah 2.36%

Agar HIDUP selalu INDAH dan NIKMAT

HIDUP adalah arena UJIAN
HIDUP adalah gudangnya MASALAH
Bahkan orang MATI pun mempunyai MASALAH

Kecuali mereka yang berIMAN dan berTAQWA

Buat orang yang berIMAN dan berTAQWA …
….....HIDUP adalah INDAH
Buat orang yang berIMAN dan berTAQWA…
…….UJIAN dan MASALAH akan terasa NIKMAT
Apalagi setelah MATI… :-)


Mereka memandang keBAIKan dan keBURUKan sebagai UJIAN
Mereka memandang keBAIKan dan keBURUKan sebagai MASALAH
Mereka meNIKMATinya dengan keKHUSUKan dan rasa CINTA
Dan bagi mereka tidak ada MASALAH lagi setelah MATI :-)


Mereka tidak pernah LALAI bila mendapat keBAIKan
Mereka tidak pernah berKELUH bila mendapat keBURUKan
Dan mereka selalu mendapat keBAIKan setelah keMATIan :-)


keBAIKan yang didapat bagi mereka adalah…
………….....FADILAH Allah yang harus diSYUKURi
keBURUKan yang didapat bagi mereka adalah…
……………...keBERSAMAan dan kePASRAHan kepada-Nya
dan keMATIan bagi mereka adalah
……………...kePUASan yang tak berkeSUDAHan :-)


Dengan keBAIKan mereka berSYUKUR
Dengan keBURUKan mereka berSABAR dan berTAWAKKAL
Dengan keMATIan mereka berTEMU Allah Sang KEKASIH 


Khamis, 9 Februari 2012

Membina Keluarga Seindah Impian


Memiliki keluarga seindah surga adalah impian setiap insan. Upaya untuk mewujudkan keluarga seindah surga yang memberikan ketenteraman dan kedamaian diperlukan pilar-pilar yang kokoh, perjuangan, kesabaran dan pengorbanan. Banyak orang sebelum menikah, yang terbayang baiti jannati, rumahku surgaku tanpa mengerti bagaimana membina keluarga agar menjadi seindah surga. Begitu kita memasuki gerbang pintu kehidupan keluarga sesungguhnya, rumah tangga seindah surga semakin melambung tinggi ke langit dan kehidupan rumah tangga bagai neraka menjadi membumi, pertengkaran dan konflik menjadi menu sehari-hari. Ketika keluarga telah berubah menjadi neraka hal itu pertanda telah tercerabutnya ketenteraman dan kedamaian dalam keluarga. Dari hari kehari bahtera rumah tangga melaju dalam konflik dan peperangan yang tidak pernah usai sehingga yang nampak perselisihan, kata-kata kasar, bentakan , kemaksiatan & kemungkaran telah menjajah relung hati rumah tangga kita. Dalam kondisi keluarga bagai neraka kita menjadi tertekan, kecewa, depresi karena impian yang indah dulu kita miliki tiba-tiba terhempas badai kehidupan, menghilang sirna.

Itulah sebabnya bagi mereka yang telah menikah, terwujudnya keluarga seindah surga berbanding dengan kemungkinan keluarga laksana neraka yang membuat terasa perih dihati bagi penghuninya karena setiap keluarga yang kita bangun memiliki ruang kebahagiaan dan penderitaan. Jadi, Sebuah keluarga agar bisa menjadi seindah surga adalah sebuah pilihan, komitmen dan upaya sungguh-sungguh pasangan suami istri sebagai desainer rumah tangga untuk mengikuti empat hal akan menjadi faktor mewujudkan keluarga seindah impian sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah, ada empat hal (idza aradallohu bi ahli baitin khoiran) (a) memiliki kecenderungan kepada agama, (b) yang muda menghormati yang tua dan yang tua menyayangi yang muda, (c) sederhana dalam belanja, (d) santun dalam bergaul dan (e) selalu introspeksi.

"Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi satu keluarga, maka Allah akan memasukkan rasa kasih sayang di dalam diri mereka" (HR. Ahmad).

Antara Makanan dan Hikmahnya dalam Islam

Roti (khubz)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".


Jintan Manis (anisun)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.


Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.


Fenugreek (Hulbah)

Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).


Buah Ara fig (fin)

Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.


Bawang putih (thum)

Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."


Halia (zanjabil)

Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.


Madu lebah(a'sl)

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Selasa, 7 Februari 2012

Jika Ingin Mencari CINTA

Wahai kaum Adam..
Andai mahu mencari Hawa..
1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.
2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.
3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Untuk Hawa pula..
Andai mahu menerima cinta Adam…
1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah…
2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri…
3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.
Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya. Tetapi hari ini, mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki. Kadang-kala berkopiah. Dari mata nampak sungguh alim tetapi dalam hatinya..??
Siapa yang tahu… Wallahualam.

Wasiat Imam Asy-Syafie

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara".

1) HAK KEPADA DIRI
mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2) HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH.

3) HAK KEPADA KUBUR
membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan Solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4) HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

5) HAK KEPADA MIZAN (Neraca timbangan amal pada hari akhirat)
menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6) HAK KEPADA SIRAT (Titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)
membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7) HAK KEPADA MALIK (Penjaga neraka)
menangis lantaran takutkan ALLAH S.W.T, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak.

8) HAK KEPADA RIDHWAN (Penjaga syurga)
berasa redha dengan Qada' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9) HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W
berselawat ke atas Baginda, berpegang kepada syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan ALLAH.

10) HAK KEPADA ALLAH S.W.T
mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Sabda Rasulullah S.A.W: "Sampaikanlah pesanku biarpun dengan sepotong ayat"