Saya rasa ramai diantara anda yang dah tahu @ pernah terbaca mengenai bahaya PANADOL @ PARACETAMOL.
Kepada
 yang tak tahu apa itu Paracetamol? Paracetamol ialah ubat tahan sakit 
yang paling popular di seluruh dunia. Paracetamol sering digunakan untuk
 mengurangkan rasa sakit kepala, pening, demam, serta dapat mengurangkan
 sakit gigi, migrain, sakit pinggang dan lain-lain. Paracetamol yang 
paling dikenali di Malaysia ini ialah PANADOL @ ACTIFAST.
Baru-baru ini, kawan saya ada forward 1 artikel yang mengingatkan tentang betapa bahaya pengambilan PANADOL ini. 
“Suami
 saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak 
hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia 
mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila 
mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol 
atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau
 mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah 
bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor 
tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5
 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan 
terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu 
berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi 
sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Petua hilangkan pening (Cara Alternatif)
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron atau ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik (contohnya air 100 Plus).
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan.
Kaedah lain ialah ;
Merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol
 adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin 
lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang
 lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan 
jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka 
akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi 
dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui 
pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol 
sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi 
kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat 
yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup 
diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.
Sumber:  
http://pakarhowto.com/info-berguna/bahaya-paracetamol-panadol.html
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan