1. Datuk Lee Chong Wei
 Lee Chong Wei adalah atlit terkaya Malaysia dengan pendapatan antara RM2 juta dan RM3 juta
Chong
 Wei mengumpul  pendapatan itu berdasarkan memenangi sembilan kejohanan 
antarabangsa, selain pingat emas Sukan Komanwel dan perak Sukan Asia, 
yang membolehkannya mengumpul hampir RM700,000.
Jumlah
 itu belum termasuk elaun latihan RM4,000 sebulan, elaun ranking pemain 
nombor satu dunia RM15,000 sebulan, elaun program Road To London, bonus 
kemenangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pencen RM3,000 sebulan
 hasil meraih perak di Sukan Olimpik 2008.
Jumlah
 itu juga belum termasuk pendapatan daripada penajaan yang diterimanya 
dengan kontrak tertinggi daripada Yonex, Maxis, Samsung, Kaspersky, 
100plus dan Astro Arena yang membolehkan ‘nilai’ Chong Wei mencecah RM2 
juta hingga RM3 juta.
2. Safee Sali 
Safee Sali digelar sebagai jutawan bolasepak pertama negara Malaysia 
apabila membuat keputusan nekad untuk terus menyambung semula kontraknya
 bersama kelab Pelita Jaya FC, Jakarta Indonesia selama dua tahun 
lagi. Kontrak bernilai RM2 juta itu ditandatangani di Jakarta, 
Indonesia
Menerusi kontrak terbarunya, Zakaria berkata, Safee akan menerima 
pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, 
pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke 
Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh dua tahun.



 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan