Khutbah ini
disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di
Lembah Uranah, Gunung Arafah
Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai
manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah
jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah
kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu
pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat
perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala
urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah
supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu,
mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas
kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih
sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka
kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata
mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke
dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah
ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan
zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah
bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak
saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di
pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar
jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai
maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir
agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang
telah disampaikan kepada kamu.
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya
kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat
selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar
ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan
pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang
mendengar terus dariku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan