Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, 
seakan-akan  aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah 
yang sering  sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku 
hidup ataupun  setelah aku mati.
Aku selalu berharap 
mendapatkan sahabat sejati  yang tak luntur baik dalam keadaan suka 
ataupun duka. Jika itu aku  dapatkan, aku berjanji akan selalu setia 
padanya.
Kuhulurkan  tangan kepada sahabat-sahabatku untuk
 berkenalan, kerana aku akan merasa  senang. Semakin banyak aku perolehi
 sahabat, aku semakin percaya diri.
Mencari Sahabat Di Waktu Susah
Belum
  pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka.  
Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka
  melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?  
Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati,  
namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.
Pasang-Surut Persahabatan
Aku
  dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang  
baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya  
roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan 
 diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun
  yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri 
 hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat
Bila
  tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup  
menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.
Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.
Sukarnya Sahabat Sejati
Tenanglah
  engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti 
 seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari  
zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka.
  Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya.
Sepanjang usiaku  
yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang  
sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku
  janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.
Sahabat Sejati Di Waktu Susah
Kawan
  yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh 
daripada  sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang 
sejati  kecuali yang menolong ketika susah.
Sepanjang hidupku aku 
 berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku  
melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang  
penduduknya berhati manusia.
Rosaknya Keperibadian Seseorang
Dalam
  diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu 
 seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila  
engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat  
membakar duri-duri itu.
Menghormati Orang Lain
Barangsiapa
  menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. Begitu juga  
barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.
Barangsiapa
  berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga  
barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.
Menghadapi Musuh
Ketika
  aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku 
 bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku  
sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga  
diriku dari kejahatan.
Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan 
 rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku  
tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.
Manusia  
adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka.
  Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.
Tipu Daya Manusia
Mudah-mudahan
  anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini  
sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat  
menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti  
manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk.  
Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia  
walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.
Tempat Menggantungkan Harapan
Apabila
  engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah  
orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa 
 mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati  
tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.
Menjaga Nama Baik
Jika
  seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan  
terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan  
kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah  
dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang  
kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.
Tak semua  
orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala  
dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari  
tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak  
baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta  
setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk
  dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan