hello.. ada sapa2 disana yang tengah bercinta jarak jauh? Mungkin 
ramai jugakan yang mempunyai cinta jenis jarak jauh ni.. mungkin 
berjauhan sebab si dia masuk U atau Kolej yang berada di tempat lain, 
luar negeri atau negara, atau si dia bekerja ataupun si dia dan anda 
memang berada di tempat berjauhan contoh bercinta melalui ruang siber 
atau SMS.. Semasa berjauhan anda pasti merindu si dia, atau anda pasti 
curiga mengenai si dia.. benarkah si dia jujur dan setia dengan anda.. 
disini saya ingin memberi sedikit tips untuk sesiapa yang bercinta jarak
 jauh..
Anda harus sentiasa menghubungi si dia. Sekali sekala call
 si dia, dan selalu bermesej dengan dirinya.. sekiranya anda sibuk atau 
tak suka mesej selalu, jujur padanya.. beritahu yang anda sibuk atau 
penat. sebolehnya call si dia, supaya tak mesej pun xpa yang penting dpt
 dgr suara. dan mesej itu penting.. hanya itu penghubung yang mudah bagi
 anda berduaJika anda mempunyai kelebihan budjet, anda bolehlah 
menggunakan 3G. Dengan 3G anda boleh menatap wajah si dia ataupun buat 
spot cek dimana dia berada. bila si dia kata dia kuar dengan teman2, 
anda boleh 3G si dia, dan melihat dimana dan dengan siapa dia berada. 
tak boleh lah kan nak menipu..kecuali tempat tu tiada line 3G 
heheTunjukkan anda menyayangi si dia dan akan ada untuk si dia, setiap 
kali si dia call anda atau mesej anda, anda sentiasa dapat menjawab 
tanpa sebarang masalah kecuali anda x perasan atau sibuk. tapi jika 
seharian panggilan x dijawab, mesej tak berbalas mesti ada 
sesuatukan?Apabila hari2 penting hadir seperti hari jadi si dia, 
hantarkanlah hadiah buat si dia. dan sentiasa ingat akan hari yang 
penting dalam hidup si dia. berikan hadiah yang istimewa buat si dia tak
 perlu yang mahal tetapi sesuatu yang ikhlas dari anda.
Jika si 
dia sakit, korbankan sedikit masa buat si dia. Jika si dia sakit, 
janganlah anda pergi bersuka2 seperti keluar bersama2 teman2. sebolehnya
 temanilah si dia, dengan call bertanya khabar. ini menunjukkan biarpun 
anda berjauhan tetapi anda sentiasa dekat dengannya apalagi dalam 
keadaan si dia seperti itu.Anda dan si dia harus sentiasa berkomunikasi,
 supaya salah faham tidak terjadi. Jika anda syak akan dirinya, 
berbincang secara jujur jgn main tuduh melulu. Berfikir secara rasional 
dan pastikan anda tidak mengikut kata hati anda. Sesungguhnya untuk 
memusnahkan sesuatu perhubungan adalah mudah seperti menarik picu bom 
tangan..
Mengenali semua teman2 si dia, sapa yang rapat dengan si 
dia, dengan siapa dia keluar. bukan nak mengawal, tapi hanya mengambil 
tahu. Lebih baik mencegah dari merawatkan? cemburu tanda sayang tapi 
bila berlebihan menjadi racun plak..Anda juga harus melakukan apa yang 
anda ingin pasangan anda lakukan seperti sentiasa berhubung, tak cemburu
 buta, sentiasa ambil berat diri si dia dan tidak bermain kayu 3. Jika 
anda melakukan begitu, pasti pasangan anda juga turut melakukan 
sedemikian.Anda dan si dia harus sentiasa bertolenrasi, give and take 
dalam apa jua perkara.
Dan semestinya anda harus sentiasa berdoa 
agar hubungan anda akan bahagia selalu dan semakin erat walaupun jarak 
beribu batu. seperti bait2 lagu dato' siti nurhaliza sutramayaJarak 
antara kita umpama pengukur pencintaan..
semua tips tu, harap dapat memperkukuhkan hubungan anda dan si dia. jangan biarkan jarak menjadi punca perpisahan anda.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan