Sabtu, 31 Mac 2012

wahai sahabatku yang kecewa

Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku yang kecewa,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri. Wahai sahabatku, Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah…

Khamis, 29 Mac 2012

Persahabatan yang sebenarnya

PERSAHABATAN adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara."

Kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih, kadangkala buruk akibatnya. 

Persahabatan yang baik akan membawa kita ke syurga dan kalau tersilap, padah membawa ke neraka.

Ada yang bertanya, kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja, siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya. 

Sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang. Sahabat-sahabat yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulau atau diboikot. 

Cuma mendekati mereka ini memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja, agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip. 

dalam satu kisah....

Pada suatu hari Ibnu al-Mubarak berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan.

Dia terus bergaul dengannya dan berjalan bersamanya walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu. 

Detik berpisah akhirnya tiba. Ibnu al-Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan:

"Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu." 

Apa yang kita boleh pelajari dari kisah terbabit ialah: 

• Berkawanlah dengan sesiapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah. 
• Bersabar dalam pergaulan adalah suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain. 
• Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang sekata amat sukar. 
• Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah) 
• Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya. 
• Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tetapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya. 

Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayah adalah di tangan Allah.

Berkawan dengan orang yang kurang baik akhlaknya adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.

wallahu'alam..

Rabu, 21 Mac 2012

Apa yang Terjadi Jika Minum Soda Berlebihan?

Minuman bersoda menjadi kegemaran berjuta-juta orang. Rasanya manis dan menyegarkan. Dan terasa lebih nikmat jika diminum saat cuaca panas atau selepas makan tengah hari.

Tapi apa yang terjadi jika anda minum soda terlalu sering atau malah setiap hari? Seperti dikutip dari Shine Isnin (20 / 6), inilah empat kesan minum minuman bersoda terlalu sering:

1. tambah gendut

Di Amerika Syarikat, sederet penelitian membuktikan secara ilmiah bahawa minuman bersoda menjadi penyebab obesitas atau kelebihan berat badan. Banyak anak kecil, remaja bahkan dewasa memiliki tubuh yang gendut akibat terlalu sering minum soda.

2. Diabetes tinggal menghitung waktu

Orang yang minum soda setiap hari mempunyai risiko menghidap diabetes hingga dua kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang jarang atau tak pernah minum minuman bersoda.

3. Berisiko mengalami serangan jantung

Selain diabetes, seseorang yang minum minuman bersoda setiap hari, dalam empat tahun mempunyai risiko terkena serangan jantung 40 peratus lebih tinggi berbanding yang tidak. Bukan cuma itu, kadar kolesterol jahat pun ikut naik akibat pengambilan soda berlebihan.

4. Menderita pelbagai masalah kesihatan

Minuman bersoda tak hanya mengandungi kadar gula yang tinggi, tapi juga kafein. Beberapa ahli mengatakan, jika minuman bersoda sudah jadi sebahagian daripada "gaya hidup", maka kesannya akan tak jauh beza dengan ubat-ubatan terlarang. Alhasil jangan hairan jika akan ada organ-organ vital tubuh yang mengalami gangguan fungsi.

Isnin, 19 Mac 2012

Asal-usul nama Bota



Bota merupakan sebuah tempat di tepi Sungai Perak, di selatannya ialah Kampung Gajah dan Teluk Intan. Sementara di utaranya ialah Parit dan Lumut, Perak. Bota terbahagi kepada 2 kawasan utama iaitu Bota Kanan dan Bota Kiri.

Asal-usul nama

Mengikut kepercayaan penduduk tempatan, nama kawasan ini diambil bersempena sejenis gergasi yang wujud di sini. [1] Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar.

Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam tanah dan jarang dilihat oleh manusia. Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini, badan gergasi Bota ini menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui. Makanannya didapati di dalam tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar sesekali sahaja terutama pada rembang petang.
Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota di sesuatu kawasan. Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di mana-mana sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.

Ahad, 18 Mac 2012

Kanak-Kanak Hodoh Di Lorong Sepi

Lorong itu sememangnya menjadi laluan aku setiap kali pulang dari tempat kerja. Bermacam macam aku mendengar cerita tentang lorong sunri ini. Ada yang kata jumpa pontianak lah, jumpa hantu raya lah, dan macam macam lagi lah. Namun sudah hampir 10 tahun aku menggunakan laluan tersebut belum pernah pun aku berhadapan dengan benda benda seram. Ramai yang sudah terkena menasihati aku untuk tidak lagi menggunakan jalan tersebut, tetapi oleh kerana aku yakin tidak apa apa yang berlaku aku mesih menggunakan jalan tersebut setiap kali pulang dari kerja.

Aku berkerja sebagai operator pengeluaran disebuah kilang dan waktu berkerja aku sememangnya telah ditetapkan bermula dari pukul 4.00 petang dan pulang pada pukul 1.00 pagi. Laluan itu pada mulanya banyak juga kereta yang lalu lalang, tetapi makin hari makin sikit kerana cerita cerita yang disebarkan. Namun aku tetap akan menggunakan laluan tersebut lenih dekat dengan rumahku. Ramai yang kata aku berlagak kerana masih berdegil menggunakan jalan tersebut. Sebernya aku tiada pilihan lain kerana jalan kerumahku selain daripada jalan tersebut sangat jauh.

Pada suatu malam selepas habis kerja aku seperti biasa menggunakan lorong tersebut. Namun sebelum sampai disitu aku seperti merasakan sesuatu yang tidak kena. Hatiku berdebar dan rasa tidak menentu. Pun begiru aku tabahkan hati. Sampai dilorong tersebut kelihatan seorang wanita ditepi jalan seperti menanti kenderaan untuk menumpang. Timbul keinginanku untuk menolong. Namun aku tidak terus berhenti sebaliknya memperlahankan kereta untuk mencari kepastian. Tiba di depan wanita itu, dia hanya diam dan tidak menahan kereta untuk menumpang. Melihat wajahnya seperti ada satu keganjilan. Fikiran ku mula menerawang, manusiakah atau hantu wanita didepanku ini. Seperti memahami apa yang aku fikirkan, wanita itu melemparkan senyuman menyeramkan kearahku. Apalagi kereta terus kupecut tanpa berani menoleh lagi. Tetapi semakin aku berusaha memecut laju terasa semakin perlahan keretaku bergerak dan tanpa semena mena didepanku melintas seorang kanak kanak. Ini mebuatkan aku terpaksa menekan brek secara mengejut.

Keadan brek yang kuat itu sedikit pun tidak mengejutkan kanak kanak itu sebaliknya dia semakin seronok bermain lalu lintas dihadapan keretaku yang sudah berhenti itu. Dalam hati, hanya tuhan yang tahu betapa takutnya aku. Untuk mengugurangkan rasa takut itu, aku berusaha membaca ayat ayat suci Al-Quran mana yang tahu. Dalam pada mulutku terkumat kamit itu, tiba tiba kanak kanak tersebut menekap wajahnya wajahku didepan cermin keretaku. Wajahku begitu hodoh dan begitu sukar umtuk dibayangkan. Tubuhku terasa longlai namun semangatku masih bersisa. Dengan sisa semangat itulah aku berusaha menghidupkan semula enjin kereta, agar aku boleh segera sampai kerumah yang tak sampai beberapa meter sahaja lagi dari lorong itu.

Puas menghidupkan enjin tetapi kereta tetap tidak mahu bergerak. Aku melihat semakin banyak kelibat makhluk makhluk halus disekitar lorong dan tempat keretaku berhenti. Kerana tidak mahu terus menerus dalam keadaan seperti itu, aku nekad turun dari kereta dan membuka tempat enjin. Aku mencuba cuba apa yang tahu dan kembali ke kereta. Kali ini apabila enjin dihidupkan kereta boleh bergerak semula. Tanpa menoleh lagi dan dengan laungan Allahuakhbar aku meninggalkan lorong itu.

Sebelum masuk ke perkarangan rumahku, tiba tiba aku melihat susuk tubuh wanita dilorong tadi sedang mendukung kanak kanak yang melintas didepanku itu. Aku benar benar panik. Mengekori akukah mereka? Dan tanpa aku sedari aku membunyikan hon kereta sekuat hati sehingga rumahku terang benderang keraba semua penghuni rumah terjaga dan bangun untuk melihat apa yang berlaku.

Ketika ayah menghampiriku, aku benar benar sudah tidak bersemangat lagi. Aku dibawa naik kerumah dan tubuh tiba tiba menjadi panas. Aku demam selama tiga hari dan menurut ibu setiap kali tertidur aku meracau racau. Ayah memanggil seorang uztaz untuk memeulihkan kembali semangatku. Kejadia itu benar benar memberi kesan kepada rakan rakan yang datang melawatku dirumah semuanya aku ceritakan mengenai pengalaman ngeri itu. Dan itulah kali terakhir aku melaui lorong misteri itu.

Jumaat, 16 Mac 2012

CIRI2 SAHABAT SEJATI

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya,dia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya. 8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Rabu, 14 Mac 2012

Ganjaran apabila berselawat


  1. SELAWAT KEATAS RASULLULLAH S.A.W. Rasullullah S.A.W. telah bersabda bahawa, Malaikat Jibrail A.S, Mikail A.S., Israfil A.S. dan Izrail A.S. telah berkata kepadaKu.
  2. Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca Selawat keatasmu tiap tiap hari sebanyak sepuluh kali (10x), maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi Titian Siratul Mustaqiim seperti kilat menyambar.Berkata Jibrail A.S.:
  3. Mereka yang Berselawat keatas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu. Berkata pula Mikail A.S.:
  4. Mereka yang Berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T. Dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T. mengampuni orang itu. Berkata pula Israfil A.S.:
  5. Bagi mereka yang Berselawat keatasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh Para Nabi-Nabi.Malaikat Izrail A.S pula berkata.:
  6. Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberi jaminan masing-masing untuk orang-orang yang Berselawat keatas Rasulullah S.A.W.
  7. Dengan kisah yang dikemukan ini, diharap pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk Berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
  8. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah S.W.T., Rasul dan Para Malaikat. Insya Allah.

Ahad, 11 Mac 2012

10 tanda dia jodoh kita

 1.Bersahaja   Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
   2.Senang bersama   Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.  
3.Terima kita seadanya   Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
   4.Sentiasa jujur   Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
   5.Percaya Mempercayai   Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
  6.Senang Bekerjasama   Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?  
7.Memahami diri kita   Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.  
8.Tampilkan kelemahan   Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.  
 9.Kata hati   Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.  
10.Solat Istikharah dan Tawakkal   Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya.
Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. 

Sabtu, 10 Mac 2012

AMALAN PEMAKANAN IKUT SUNNAH

kdg2 kita lupa ada pantang dalam kita duk mkn tiap ari..xleh la nk makan sebarangan..tu yg salu duk dpt penyakit sbb cara mkn kita xbetoi..ni jugak antara cara diet amalan Rasulullah S.A.W..sbb tu Baginda xpenah kena sakit perut sepanjang hayat Baginda..jum la kita ikot beramai2..

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL

CARA MAKAN

A. JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
B. TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
C. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
D. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

rasa susah jugak kan..tapi cuba la sbb tu sunnah Nabi kita..awai2 memang xnmpak lagi kesan dia..tp masa kita tua nnt baru kita akan rasa mmg berkesan amalan nie..

ni plak amalan menjaga kesihatan mengikut Al-Quran

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

Jumaat, 9 Mac 2012

Sempurnakah kita?

Biar berjanji tapi jangan mengingkari..
Biar disakiti tapi jangan menyakiti..
Biar dizalimi tapi jangan menzalimi..
Biar dilupakan tapi jangan melupakan..
Biar ditinggalkan tapi jangan meninggalkan..
Biar diabaikan tapi jangan mengabaikan..

Kerana lafaz Insya Allah yang dilafazkan semasa berjanji perlu ada azam untuk cuba menyempurnakannya.
Kerana mulianya manusia apabila telah berjanji dan dia menunaikannya.
Kerana orang-orang yang memungkiri janji ibarat menulis Munafiq pada dahi bawah kepalanya.
Aku bimbang aku itu yang pernah datang mengingatkan.Tetapi, akhirnya aku sendiri yang pergi meninggalkan. Bertindak ingkar tidak beringat dengan pesanan yang pernah aku titipkan.
Aku kesal aku itu yang pernah memberikan harapan. Tetapi, akhirnya aku sendiri yang meranapkan segala impian.Bertindak gopoh tidak peduli dengan hati-hati yang kutaburi manisnya perjanjian.
Aku takut. Kalau bukan aku. Mungkin hati mereka yang akan terluka. Kalau bukan aku. Mungkin hati mereka yang akan kecewa. Dan sekiranya hati mereka terluka. Dan sekiranya hati mereka kecewa. Hatiku juga akan patah kerana melukakan dan mengecewakan mereka bererti sama saja aku melukakan dan mengecewakan diriku sendiri.

Ya Allah. Tiada Tuhan selain Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
Tunjukkanlah hamba di mana pintu. Tunjukkanlah hamba huluran tangan. Tunjukkanlah hamba di mana jalan. Hingga hamba lurus masuk tiada kekecewaan. Dan semoga segala janji itu dapat juga hamba tunaikan.

Rabu, 7 Mac 2012

KISAH SERAM Misteri Bunyi Tapak Kaki

   Seorang gadis yang duduk dibelakang kelas sudah pun mula berkemas kemas sambil menguap beberapa kali kerana mengantuk.  "Sudahlah Milah, aku pun sudah penat.  Tinggal kita berdua sahaja.  Aku rasa aku nak balik keasnara, nak baring baring diatas katil.  Marilah temankan aku balik kerana aku takut hendak balik seorang diri."

   Milah tertawa kecil,"Engkau ni Nona, anak dara dah besar panjang pun masih takutkan gelap.  Apa yang nak ditakutkan.  Kalau engkau takut, engkau serukan sahaja nama abang Guard.  Tentu dia datang berlari,"Abang datang!!! abang datang!!!"  Ahhh.....Tunggulah aku sekejap lagi.  Aku nak habiskan bab tiga ini sedikit lagi."

  "Hai! Jaga sikit mulut kau itu.  Jangan cabul sangat.  Engkau jangan tak tahu yang bangunan ni keras sedikit.  Nanti jangan kerana pulut santan binasa," ujar Nona.  "Lagipun kalau hujan nanti habis basah, susahlah kita nanti,"sambungnya sambil memuncungkan bibirnya.

  Nona melambaikan tangannya sambil memasukkan buku ceritanya ke dalam beg galasnya.  Tiba tiba kedengaran bunyi tapak kaki bergema dilaluan pejalan kaki, memecah kesunyian malam.  Nona menutup mulutnya terperanjat hampir menjerit, perasan takut jelas terbayang dimatanya.  Milah dan Nona berbalas pandangan, masing masing tertanya tanya siapakah yang datang kekelas di tengah tengah malam sebegini.

  Masing masing merenung kearah pintu masuk, debaran jantung berdegup kencang seolah olah baru sahaja tamat berlari 100 meter.  Bunyi tapak kaki itu semakin kuat, menghampiri kelas mereka berdua.  Sebentar kemudian, bunyi keriukan pintu kelas sebelah dibuka orang kedengaran.  Nonan sudah pucat ketakutan, segera dia menerpa ke arah Milah dan memegang tangan Milah dengan erat.

  "Dam!" Bunyi dentuman pintu ditutup pula kedengaran.  Milah dapat merasakan darah nya berderau, dia menyesal kerana terlalu selupar sebentar tadi, sementara Nona pulak jika ditoreh mukanya pun tidak keluar darah. 

  Perasan seram menyelubungi mereka berdua apabila bunyi tapak kaki itu kembali kedengaran semakin kuat dan semakin kuat.  Tiba tiba...

  "Wah! Kuat belajar nampaknya Milah, Nona."

  Mereka berdua tersentak apabila disapa dari arah belakang.  Milah dan Nona berpaling kearah belakang mereka.  abang guard yang mereka kenali hanya sebagai Abang Hassan kelihatan sedang tersenyum sambil melambai kearah mereka berdua daripada arah luar tingkap.  Dia berjalan lurus ke hadapan.

  Milah menarik nafas lega,"Abang Hassan ini takut takutkan kami sahaja.  Nyaris kami tidak mati ketakutan.  Nona ni sudah nak pengsan sakit jantung, abang hassan tahu tak..."kata Milah sambil berpaling kearah Nona.

  "Kalau Nona hendak boleh abang Hassan temankan,"ujar abang guard itu sambil ketawa kecil.  Muka Nona semakin pucat ketakutan.  Suaranya terkunci, bisu, kelu, hanya gelengan kepalanya yang pantas sahaja menjawab pelawaan itu.

  Abang guard itu terus berlalu dari situ, hanya bunyi ketawa kecilnya yang kedengaran.  Sekali sekala bunyi lolongan anjing memecah kedegaran.  Nona masih terpaku membisu disitu ketika Milah berkemas kemas barangnya.

  "Engkau ni kenapa takut sangat.  Itukan abang Hassan, jangan lah sampai tak boleh berenggang dengan aku," kata Milah, terganggu dengan perangai kawannya yang nampaknya masih tidak dapat mengawal perasaan takutnya dan terus sahaja menggenggam kemas lengannya sehinggakan dia berasa sukar hendak berkemas.

  Nina hanya diam membisu dan menggelng geleng kan kepalanya apabila ditegur sebegitu tanpa melepaskan genggaman tangannya dari lengan Milah.

  Sepanjang perjalanan mereka ke asrama, Nonan masih terus menggengan erat tangan Milah menyebabkan Milah tertanya tanya kenapakah Nona begitu takut, tetapi Nona hanya mendiamkan dirinya walaupun ditanya beberapa kali oleh Milah.  Bosan dengan perangai Nona dan dia pun masih merasa agak cemas, dengan kajadian yang baru berlaku tadi, Milah berhenti bertanya dan mereka berdua terus kembali ke asrama ubtuk tidur.

  Keesokan harinya Milah tak sabar sabar lagi untuk menceritakan kejadian semalam kepada kawan kawannya yang lain.  "Engkau tahu, Nona ni pucat lesi mukanya, kalau diguris dengan pisau pun tidak berdarah bila abang hassan tawarkan hendak temankan dia," cerita Milah sambil disa,but dengan deraian tertawa oleh rakannya yang lain.  Nona hanya mendiamkan dirinya, ternyata masih belum pulih dari perasan terkejutnya itu.

  "Kalau aku tentu aku sahut tawaran abang Hassan itu," sambut Elita sambil teryawa kuat.

  "Tak sangka Nona ni penakut orangnya," celah Roasmah pulak.

  Muka Nona berubah menjadi meraj menyala dengan perasaan marah.  "Engkau orang jangan celupar sangat.  Bukannya nama kau yang dia panggil.  Cuba engkau tengok sebelah kanan kelas kita ini.  Bukan ke tidak ada tempat berjalan kaki.  Kalau betul abang Hassan yang tegur aku dan Milah, Macam mana dia berjalan disebelah situ kalau dia tidak boleh terbang.  Bukankah kelas kita ini ditingkat tiga.  Yang si Milah nie pun bingung sedikit, perkara seperti itu pun tidak perasan.  Aku yang sudah hendak terkencing pun dia mana tahu, bukannya nama dia yang diseru seru.  Ha! Kalau betul engkau hendak dia temankan kau orang, datanglah kekels malam ini.

  Seluruh kelas terdia mendengar kata Nona, wajah Milah bertukar menjadi pucat sepucatnya.  Masing masing berebut rebut neluru ke arah tingkap sebelah kanan untuk memastikan kebenaran kata kata Nona itu.

Isnin, 5 Mac 2012

Kuasa Diri

Gagah dari rupa hanyalah suatu tayangan
Gagah dari dalam merupakan suatu kekuatan


Kuasa adalah imej minda
Ia menggambarkan kualiti diri anda
Ia menggambarkan keperibadian anda

Orang yang gagah bagaikan intan
Bersinar dengan kilauan yang ceria
Orang yang gagah diibaratkan kilat
Menerangkan angkasa dan menggegarkan alam

Sememangnya Orang yang gagah terus berjuang...
Biar pun ribuan kali dikecam kegagalan
Orang yang gagah terus membina...
Biar pun ramai orang tidak restukan perjuangannya
Orang yang gagah tidak mengenal takut...
Biar pun tugasan berisiko dan mencabar

Kegagahan menyambar segala ujian
Kegagahan menangkis segala pancaroba
Kegagahan mencetuskan kekuatan yang kental

Kebal, tahan lasak dan bersemangat
Sememangnya orang yang gagah
adalah insan yang luar biasa. 

Sabtu, 3 Mac 2012

Hantu Air/Hantu Laut

Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.
Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.
Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.
Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.
Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.