Jumaat, 9 Mac 2012

Sempurnakah kita?

Biar berjanji tapi jangan mengingkari..
Biar disakiti tapi jangan menyakiti..
Biar dizalimi tapi jangan menzalimi..
Biar dilupakan tapi jangan melupakan..
Biar ditinggalkan tapi jangan meninggalkan..
Biar diabaikan tapi jangan mengabaikan..

Kerana lafaz Insya Allah yang dilafazkan semasa berjanji perlu ada azam untuk cuba menyempurnakannya.
Kerana mulianya manusia apabila telah berjanji dan dia menunaikannya.
Kerana orang-orang yang memungkiri janji ibarat menulis Munafiq pada dahi bawah kepalanya.
Aku bimbang aku itu yang pernah datang mengingatkan.Tetapi, akhirnya aku sendiri yang pergi meninggalkan. Bertindak ingkar tidak beringat dengan pesanan yang pernah aku titipkan.
Aku kesal aku itu yang pernah memberikan harapan. Tetapi, akhirnya aku sendiri yang meranapkan segala impian.Bertindak gopoh tidak peduli dengan hati-hati yang kutaburi manisnya perjanjian.
Aku takut. Kalau bukan aku. Mungkin hati mereka yang akan terluka. Kalau bukan aku. Mungkin hati mereka yang akan kecewa. Dan sekiranya hati mereka terluka. Dan sekiranya hati mereka kecewa. Hatiku juga akan patah kerana melukakan dan mengecewakan mereka bererti sama saja aku melukakan dan mengecewakan diriku sendiri.

Ya Allah. Tiada Tuhan selain Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
Tunjukkanlah hamba di mana pintu. Tunjukkanlah hamba huluran tangan. Tunjukkanlah hamba di mana jalan. Hingga hamba lurus masuk tiada kekecewaan. Dan semoga segala janji itu dapat juga hamba tunaikan.