1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya,dia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7.
Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan
mengusahakannya. 8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak
meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang
sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat
sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
2 ulasan:
seronok kalau dapat kawan mcm ni...
ya kak
Catat Ulasan