Selasa, 24 Januari 2012

Dialog Antara Perempuan dan Lelaki



Perempuan : saya tidak layak untuk awak. 

Lelaki : Kenapa? 

Perempuan : Awak dari kalangan orang baik-baik.. Sedangkan saya. 

Lelaki : Saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi? 

Perempuan : Awak pintar, awak ada banyak peminat. 

Lelaki : Peminat? Saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Perempuan : Saya juga tidak terlalu arif dalam ilmu agama. 

Lelaki : Kita boleh mendalaminya bersama-sama. 

Perempuan : Saya tidak cantik. Tidak seperti mereka.

Lelaki : Tuhan marah mendengar perkataan awak tadi. sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak. 

Perempuan : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan. 

Lelaki : Perbezaan membuat kita lengkap. 

Perempuan : Awak terlalu sempurna. 

Lelaki : Belum. Akan sempurna jika awak ada. 

Perempuan : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi. 

Lelaki : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga? 

Perempuan : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta

Tiada ulasan: