Ahad, 21 Julai 2019

Kisah Pondok Di Tepi Titi



Seorang tua yang kudratnya sudah dimamah usia tinggal keseorang diri.sambil membalut rokok daun yang diisi tembakau  capflykebulan.panjang kan nama tembakau.agak bob marley orang tua ini.Disisinya seekor kucing parsi yang diberikan nama taffy.sambil meow meow seperti meminta tuanya membelainya.

Kampung pak cik ini terletak di antara negeri Kelantan dan Terengganu.tepat tepat ditengah tengah garisan yang membezakan kedua negeri itu.terdapat juga sebatang sungai yang memisahkan kedua dua negeri itu.di tepi sungai itu lah pondok pak cik itu.disitu la titi yang dibinanya sambil dibantu anak2 perempuannya semasa mereka kecil.

Dalam dingin malam sambil mehembus asap rokok yang dikeluarkan dari paru parunya,dia merenung jauh sambil memikirkan kedua orang anak perempuannya hasil dari pernikahannya dengan perempuan yang dia sendiri tidak pasti.
Ada yang mengatakan isterinya orang bunian, (abaikan la sebab tidak penting pun)

Seorang nama bunga rosesha dan seorang lagi bunga Fatimah.Sudah 14 tahun anaknya tidak pulang selepas mendapat peluang menjadi pelakon extra dalam sebuah drama di kuala lumpur.

Tiba tiba air matanya megalir apabila terkenangkan kembali zaman kecil anak2nya.Dibelai dan ditatang bagai minyak yang penuh.diajarnya mengaji sampai khatam 4 kali al quran.ke semua hadis diajarnya.
kesemua hukum islam diajarnya.tidak pernah sekali  pun aurat mereka ditunjukan kepada bukan muhrim.

Malam sudah larut kucingnya meow 4 kali.
itu isyarat menyuruh pak cik itu tidur.
agak genius kan kucing pakcik ni.(pak cik pun tido la,tak kan tu pun nak taip,aduh paham2  la orang tidor macam mana)

Meow 41 kali pula kucing itu dipagi hari.(itu tanda suruh pak cik itu bangun)

Dibukanya tv,bagaikan petir meyambar hatinya melihat anaknya dalam drama pengarah michael moreamon  yang bertajuk “open your dot dot”.
Tajuk orang putih tapi drama melayu,biasala kan pengarah pengarah di Malaysia tajuk memang merepek dan tidak membina minda langsung

Apa tidaknya,melihat anaknya seperti pelakon lucah.rambut sudah berwarna pelangi,pakaian ketat sampai menonjolkan nasi lemak yang hanya 30 sen itu.suadah menjadi heroin.
Terus disepak terajang tv itu.dibalingnya tv itu kedalam sungai.Dalam hatinya berkata,kenapa la anak aku mahu menghantar aku ke neraka.terus pak cik itu membuat video menggunakan handphone cap oppo yang dibelinya hasil duit jual tanah kepada kerajaan(tidak  mahu jual pun tapi dipaksa oleh orang orang jahat yang dilantik seorang yb kawasan itu)

Pak cik itu bercakap di depan camera handphone cap oppo itu
Anak2,kenapa memberikan tiket kepada daddy untuk ke neraka.disimpanya handphone itu bersama surat wasiat hartanya yang ada diluar negara.(pak cik ini ada harta yang separuh samanya dengan queen di uk) .

Ditulisnya di wasiat itu ,haram la harta ini jika kamu membuka video dalam handphone oppo ini.tapi kalau kamu tetap mahukan harta itu kamu kena buka video itu 400 kali setiap hari selama 365 hari.baru la harta itu halal buat kamu.kamu kena dengar lagu search yang bertajuk meniti titian usang sebanyak 410 kali.baru la peguam daddy akan serahkan harta itu secara halal.(peguam pak cik itu nama kim kuan keng.)


Bersambung apabila anak anak pak cik itu buka atau baca wasiat itu yaa,kalau tidak buka harap maaf tiada sambungan la




Tiada ulasan: