Sabtu, 20 Julai 2019

HIKAYAT SI NEEOTA

SI NEEOTA




Bermula sebuah hikayat yang bermula di Sebuah kampung yang dulunya susah
disebabkan ketua kampung itu sangat kejam seperti abazel
para penduduknya ditindas oleh ketua kampung
harta dirampas,sesiapa yang bersuara akan dibunuh,dibuang kerja
dihina, dihalang dari berkawan dengan sesiapa.

akibat tidak tahan muncul la sekumpulan anti ketua kampung
kumpulan ini diketuai oleh seorang yang agak berpengaruh dikalangan mereka

pada suatu senja yang dingin sambil mentari merah diufuk timur
burung ketua kampung yang bernama komedi sahid mengesan gerakan kumpulan ini
maka ber bla bla bla la sang burung ini menyampaikan laporan kepada ketuanya
(panjang sangat laporan itu,jika saya menulis 1000 tahun pun tidak habis.para pembaca dinasihati membayangkan cerita hud hud atau cerita si tanggang lupa nama kampung.ikut suka la.dah nama pun suruh bayangkan)

dikerahnya seluruh unit dari unit spy hingga unit anjing pengesan untuk menghalang kumpulan itu dari merampas kuasanya.

tiba tiba muncul seorang manusia dari gunung yang berkabus sambil bulan berwarna merah(BLOOD MOON) , muncul la si neeota.
ada orang yang mengatakan dia robot.(orang tiada akal)
dia hanya memandang,mendengar tentang pergaduhan 2 kumpulan ini.
hatinya  sayu melihat para penduduk yang ditindas ketua kampung yang seperti pondan.
si neeota ini sangat misteri kerana dia mempunyai pengaruh di alam sana,sini,situ dan banyak kawan kawan yang mempunyai kuasa yang agak besar.

tiba hari untuk para pemberontak yang terbuang tadi untuk merampas kuasa ketua kampung.dengan bekalan hanya kayu,batu,daun,bendera cap merah bunganya tahi ayam.

tibanya di tempat pemerintahan ketua kampung itu,alangkah terkejut para geng terbuang ini apabila melihat kawasan itu kosong.dengan mudah dan berjalan agak bongkak melangkah masuk ke tempat yang mereka hajati itu.(belum apa lagi dah lupa diri kata si neeota ini sambil melihat gelagat geng terbuang ini.ditangannya ada 1 pelita.pelita itu adalah untuk dia gunakan untuk meletupkan tempat ketua kampung itu jika ingkar,tidak mahu keluar dari situ)

maka seronok 2 tahun la si geng terbuang ini dapat tempat ketua kampung itu.sambil langsung tidak tahu kenapa begitu mudah mereka dapat tempat itu.maka ada seorang dua yang begitu angkuh dan bongkak menceritakan kepada penduduk kampungnya.mereka berperang hingga hampir terbunuh untuk menewaskan ketua yang jahat tadi.(kami tumbuk,belasah seperti dalam cerita perang dunia ke 2)

alangkah seronoknya si neeota melihat penduduk kampung itu gembira kerana sudah terbebas dari
belenggu irama si kuku besi yang amat kejam lagi pondan itu (ketua kampung lama tu)

tapi menjangka hujan hingga ke subuh,rupanya hujan setitik dua seperti air kencing yang menitis selepas puas seorang manusia menahan air kencingnya dalam sebuah ofis tingkat 88 yang sejuk tahap sonata salju di korea yang budak budak wechat di malaysia tengok drama korea tapi tidak faham maksudnya.

si neeota sudah pelik melihat kelakuan geng baru itu yang seperti kacang lupakan pokoknya,
 yang ditanam di sebuah ladang milik permaisuri negara di...........bersambung(penat nak taip)

Tiada ulasan: