Sabtu, 30 Jun 2018

LIRIK Kurik Kundi




                        SITI NURHALIZA 


                                    KURIK KUNDI


Nak berkhabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisah kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Oh..oh..oh...oh..
Kalau rendah masih jadi intan

Teratak mahligai bak dipayung teduhnya
Bila budi melingkar anak asuhan
Adat yang lama berbudi berbahasa
Akar kehidupannya

Yang kurik itu kundi
Yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Oh..oh..oh...oh
Pantun lama tinggi kiasannya

Berpantun seloka sambil menari canggung
Serentak melangkah rentak timur diarak
Gurau senda
Sopannya dijaga
Sepakat makin kukuh terikat

Hang dok pi hang dok mai
Lagu tu lagu mana
Pi sini pi sana depa menghela sakan
Awatlah dok kalut megah condong ke barat
Mai kita..

Pakat tarik ramai ramai
Biar ke timur condongnya....(tu kah)

Nak berkhabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisah kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Oh..oh..oh..oh..
Kalau rendah masih jadi intan

Ada...O...ada..E....bunyinya tidaklah serupa
Erti tidak berbeza


Betoi yong betoi sungguh
Betui ape dikate
Selembut tarian hoi...
Nak muda berlotah
Tutur bahasanya
Maghi yop maghilah yong
Maghi kita memikio
Parit dengan kuala
Cakap tidak serupe....(ateh)

Dihitung beratus-ratus bilangan
Digali beratus-ratus terpendam
Di lubuk yang mana
Tak terjangkau ingatan
Makin dibongkar makin banyak yang terpendam

DI SINI IBUNYA
Tersurat kurik itulah kundi
Tertulis merah itulah saga
Saga dalam lagu pada indah syairnya
Kundi dalam tarian indah lenggok tarinya
Aduhai indahnya

Mana usang diperbaharui
Mana lapok hai dikajangi
Mana elok dipakai ondeh dipakai
Kalau singkat cantik manis
Disambungkan
Kalau panjang cantik manis
Minta dikerat...(yo lah)
Yo sungguh yo bonar
Kato sungguh dikato
Muafakat ya tuan
Ibu adat ya ondeh tidak dilupa
Tak boghadat
Minum tidak bergula
Tak bobudi
Pohon tidak berbuah
Tak boghadat
Minum tidak bergula
Tak bobudi
Bagai pohon tidak berbuah

Yang kurik itu kundi
Yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Oh..oh..oh..oh..
Pantun lama tinggi kiasannya


Halus manis hai bila berkata
Hai lapik berkias
Molek sungguh lah wei
Santun lakunya wei merendah suara
Bagai berpayung wei rasa teduhnya
Teghtek teghning oghe kito
Hok tu keno jago
Jange sape berlete kale
L'uar napok come
Jange d'ale habih k'uca lembe
L'uar napok come
Jange d'ale habih k'uca lembe


Membubutlah bayu
Lalu limpas siring semalu
Mengalai bagai tari sesuku
Tari sesuku


Selembut madah begitu taghi
Sek ada sakit ghasa di hati
Kame' nyambut madah tuan hulurkan
Kita' nyambut madah kame' tuturkan


Nak berkhabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisah kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Oh..oh..oh...oh
Kalau rendah masih jadi intan


Yang kurik itu kundi
Yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Oh..oh..oh..oh..
Pantun lama tinggi kiasannya



GENERAL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan