Jumaat, 12 Januari 2018

TARIKH PRU 14



Saya sebagai penulis yang hensem tadi baru pulang dari kedai makan baharom daniel di kaki gunung jerai.
sambil makan makan tadi terdengar atau bahasa jahat curi-curi dengar perbualan 4 orang di meja sebelah.mereka bercakap tentang tarikh pru 14.telinga saya yang menjadi kegilaan wanita seluruh planet marikh pun terus macam terbang ke meja mereka itu.

saya cuba sampaikan apa yang saya ingat la wahai pembaca-pembaca yang hensem dan jelita ya.
macam novel pula kan intro cerita 4 orang tua ni.

mereka bercakap tentang teori Mr Brightside tentang ramalan tarikh pru 14.
saya pun pelik,siapa Mr Brightside ni.

mereka kata Mr Brightside menyatakan tarikh pru dalam bulan 3,4,5 dalam tahun 2018 ni.
mula-mula bulan 3 tapi disebabkan pihak pembangkang baru umumkan calon perdana menteri,bulan 3  terus dicancelkan.

Mr Brightside  juga bekata jika bulan 4/18 dalam 28% ja sebab pembayaran brim bulan 6/18.
saya yang curi dengar ni pun plik juga ada peratus-peratus pula 
mr brightside ni.

4 orang tadi ada salah seorang nama mazelan,saya tengok pun macam nak ketawa ja sebab dia selalu jadi bahan jenaka rakannya yang 3 lagi.biasa la dalam sembang-sembang tu mereka ni buat iklan la.buat lawak sesama mereka.

mereka kata lagi,Mr Brightside kata  9/5/18 mungkin tarikh pru 14 dan  adalah sebanyak 66%....aik pelik kan kenapa 66% kan?.kalau 28% + 66% = 94%.mana cukup 100%.
rupanya 6% lagi tu kena gst.

kira tarikh pru 14 dalam bulan 5/18 la,bukan saya kata tapi mereka yang dengar tentang teori Mr Brightside ni yang kata.

siapa Mr Brightside 
saya pun pelik....

4 orang yang baru lepas minum kopi jantan ni sambung lagi,
orang kata Mr Brightside ni nak kata orang tapi manusia
nak kata superhero tiada movie pun.dia popular di radio,drama dan banyak lagi la.saya tak dapat dengar dengan jelas sangat 
sebab sebelah kedai makan ni jalan mat rempit berlumba.

siap laungkan hobi kami mahal,dalam hati saya terus berucap spesis "rasyed and the solehen geng" la ni.dengan ada pemuda yang pakai kain pelikat duk karaoke lagu "who sold your country" .rasa lagu nirvana kan....eh2,macam tak betul pula tajuk,lantak la...saya tak ingat sangat lagu nirvana ni.



Mr Brightside ni misteri mereka kata.
ada berberapa orang kampung pernah terjumpa dengannya di puncak gunung jerai jam 3,4 pagi......rupa paras bagai putera kayangan,iras muka serius bak singa.

setakat itu saja la yang sempat curi dengar pun
harap 4 sekawan ni halalkan la.

saya tak minat politik sangat pun tapi agak tertarik dengan cerita teori Mr Brightside ni
siapa Mr Brightside ni,
aku pun tak tahu......sambung dengan lagu misteri mimpi syakila ya wahai pembaca yang hensem dan jelita sekalian.thanks



https://www.youtube.com/watch?v=30PjlyQ_RwA

Tiada ulasan: