Bermula dengan kempen kelayakan di Thailand.
Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee layak secara automatik selepas mengalahkan Mongolia 2-0 manakala pencabar terdekat Thailand, hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Indonesia.
Malaysia menamatkan kempen kelayakan dengan menungguli kumpulan tersebut dengan enam mata diikuti Thailand dengan lima mata, Indonesia (empat) dan satu mata oleh Mongolia selepas tiga perlawanan peringkat kumpulan.
Kejayaan skuad Kim Swee mara ke pusingan akhir kejohanan piala asia bawah 23 dicapai walau pasukan berhadapan dengan masalah persiapan dengan beberapa pemain gagal melaporkan diri pada latihan pusat berikutan tidak mendapatkan pelepasan pasukan masing-masing dalam Liga Malaysia.
Malaysia dilihat berdepan laluan sukar apabila diletakkan bersama tiga pasukan gergasi Asia Barat itu tetapi ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee enggan menyerah kalah dan menyuarakan keyakinan tinggi bahawa anak buahnya mampu melakar kejutan di China.Tidak ramai yang meletakan harapan kepada skuad ini sebelum pusingan kelayakan di thailand lagi.
Kebanyakan rakyat malaysia sendiri menulis di media sosial bahawa skuad ini sekadar makan angin dan banyak lagi komen-komen negatif.normal la tu kan fan malaysia memang macam tu,jika mereka memberi komen positif mungkin dunia dah nak kiamat.
Berdasarkan rekod kejohanan ini, Iraq merupakan juara edisi pertama pada tahun 2013 di Oman dengan menewaskan Arab Saudi di final 1-0, manakala Jordan menduduki tempat ketiga dengan mengalahkan Korea Selatan 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti.Iraq juga mengalahkan Qatar 2-1 untuk meraih tempat ketiga pada tahun 2016. Tahun depan, Malaysia membuat penampilan pertama dalam kejohanan AFC Bawah 23 Tahun sejak ia diperkenalkan pada tahun 2013.
Bermula dengan perlawanan menentang Iraq malaysia tewas 4-1.persembahan malaysia dalam 70 minit memang begitu teruk.selepas Akyar rashid dimasukan barulah nampak malaysia bermain lebih berani,menyerang dan dapat menghasilkan 1 gol dan 1 gol ghaib,gol yang tidak dikira oleh pengadil.mungkin pengadil itu terlupa memakai kaca mata hahaha.iraq juga berjaya menjaringkan 1 gol.bermakna dalam 20 minit malaysia mampu memberi saingan.
Seterusnya perlawanan menentang jordan malaysia dapat mengikat jordan 1-1 selepas Akyar rashid dijatuhkan dan malaysia mendapat penalti yang disempurnakan oleh Safawi rasid.
Perlawanan menentang Arab saudi ,malaysia membuat "kegilaan" apabila berjaya menewaskan Arab saudi 1-0.
Tiada siapa yang menjangkakan skuad Datuk Ong Kim Swee mampu layak ke pentas Piala AFC B-23 tahun. Tiada siapa yang menjangkakan barisan pemain ini mampu mara ke final Sukan SEA. Tiada siapa yang menjangkakan pemain kita mampu memberi cabaran kepada Arab Saudi, Jordan dan Iraq. Tiada siapa yang menjangkakan Malaysia akan menjadi negara Asia Tenggara pertama untuk layak ke peringkat kalah mati di pentas Piala AFC B-23 tahun.
Menentang korea selatan di suku akhir persembahan malaysia tidak lah sebaik menentang Jordan tapi masih mampu menyaingi corak Korea Selatan.Apabila perlawanan terikat 1-1 dan sudah hampir untuk ke masa tambahan korea selatan berjaya menjaringkan gol.maka berakhir lah perjuangan skuad u23 malaysia.
Walaupun tidak layak ke separuh akhir tapi tahniah diucapkan kepada skuad u23 malaysia kerana telah berjaya mencipta sejarah baru dalam kamus bola sepak malaysia
TIADA YANG MUSTAHIL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan