TRUST ME

Selasa, 31 Januari 2012

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia






Ingatlah kamu dahulu hanya….

setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti….
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu….
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu….
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia….
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’….
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’….
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal….
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna….
Harta, tahta dan putera….
Isteri, kad kredit dan kereta….
Kondominium, saham dan niaga….
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

Isnin, 30 Januari 2012

Pilihan Raya Umum Ke 13 Dah Dekat Dah Ni


Tanda-tanda PRU 13 dah dekat


Kalau kat internet ni mesti kita semua perasan byk blogger2 duk x menang tgn berkempen utk parti2 yg mereka sokong la.....taksub betul la kat parti yg mereka sokong..........kalau la taksub tu kat agama kan lbh baik.....ni taksub sgt kt permainan duniawi zaman moden ni.

Kalau kat kedah,sekarang ni musim megerat padi....menuai padi la maksud kamus dewan hahaha.
mesin padi  pun dah pacak bendera parti2 yg depa sokong.

Ceramah jgn duk kata la,mlm menjelma kedengaran  la sora2 melaui speaker oleh pihak2 yang x kering air liur duk memuji parti mereka........puji diri sendiri la tu kan hahaha.

Jgn dilupa mat2 rempit pun ada dah pelakat stiker2 parti yang mereka sokong...berkempen sambil merempit.
ada hati politik jga la mat rempit ni.

Kedai besi buruk pun dah pacak bendera2 politik ni.

Atas pokok nyoq pun ada jga org letak bendera.
Sebelah kg kt kedah ni dah nampak dah perang bendera skit2 tu.

Senang kata  PRU 13 mmg dah dekat la kan.

Last sekali saya nak pesan, memilih itu adalah tanggungjawab warga negara yang wajib disempurnakan.
            (mcm ayat suruhanjaya pilihan raya malaysia la pla kan)

 http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/
















Biar Kita Tahu Dan Juga Kita Sedar

   


    Memang tiada apa daya dan kekuatan tanpa izin Allah. Biar kita tahu beribu ilmu, jika dikunci oleh yang menciptakan ilmu, lalu pastinya ilmu itu kekal dalam pengetahuan kita sahaja. Dan apabila dikunci oleh yang menciptakan ilmu itu, lalu ilmu tersebut tiada lagi bermanfaat kepada kita yang memiliki ilmu tersebut. Oleh itu, kita seharusnya sedar walaupun kita sudah memiliki ilmu yang banyak, jangan kita angkuh dan jangan kita bongkak. Pintalah kemampuan dari Allah untuk melaksanakan segala suruhannya. Pohonlah kekuatan dari Allah untuk menjadi daya bagi kita mempersembahkan ibadah kepada-Nya.
          Jika Allah telah mengizinkan kita untuk menyedari ilmu yang telah kita miliki, pastinya keberuntungan sedang berpihak ke arah kita. Kekadang kita tahu bahawa mengumpat itu berdosa, tetapi kerana leka dan tidak sedar, kita tetap melakukannya.
Para cendekiawan telah mengibaratkan ilmu sebagai sebatang pokok yang tidak berbuah jika tidak diamalkan. Benarlah. Ilmu yang dimiliki oleh seseorang bagaikan tidak memberikan manfaat kepadanya bagaikan sebatang pokok durian yang tidak dapat memberikan buah durian kepada pemiliknya. Adakah patut sahaja pokok durian yang tidak berbuah itu ditebangkan sahaja, dan digantikan dengan pokok getah? Akan tetapi, hakikatnya, jika ditebang pokok yang tidak berguna itu dan ditanamkan pokok getah. Lalu pokok getah itu besar dan tidak pula ditoreh. Lalu tidaklah juga memberi manfaat kepada pemiliknya. Bukankah begitu?
Seharusnya, pokok yang telah tumbuh itu tidak sepatutnya ditebang kerana pokok itu masih boleh dibajai, diubati dan disuburi. Akan tetati, jika mahu ditanam semula dengan yang sama jenis dengannya, itu mungkin boleh. Begitulah juga dengan ilmu. Seharusnya, ilmu yang dimiliki oleh seseorang seharusnya sentiasa dibajai, diubati dan disuburi dengan sentiasa mengingati dan membesarkna tuhan. Barulah mudah untuk menjamin sesebuah ilmu itu mengeluarkan “buah”.
Ayuh, kembalikan hak ilmu yang berada di dalam diri kita. Apa yang kita ketahui terus kita laksanakan. Semoga ilmu yang kita ada, benar-benar ada dan adanya ilmu itu memberi manfaat yang banyak pada kita. Apalah guna ilmu jika kita masih miskin dalam bertindak. Analogi yang mudah. Kita punyai duit yang banyak, tetapi tidak digunakan untuk membelikan makanan. Lalu, terus kita mati dalam keadaan kebuluran. Bagitulah juga dengan ilmu. Kita punyai ilmu yang banyak, namun kerana terikut-ikut dengan hawa nafsu dan bisikan syaitan, kita mengabaikan ilmu begitu sahaja. Lantas, mati kita dalam tidak beramal dan mempunyai bekal yang tidak mencukupi untuk menghadapi hari akhirat.
Sedarlah, ilmu itu untuk diamalkan. Tanpa amalan, apakah bakti dan budi ilmu pada pemiliknya. Percayalah, ilmu hanya bermanfaat apabila diamalkan. Oleh itu, berusahalah tingkatkan ilmu yang bermanfaat. Dan jangan pula leka untuk tingkatkan amalan pada ilmu yang telah kita ada agar wujudnya ilmu dalam diri kita sebagai sebuah nikmat yang bermanfaat lagi menyelamat.

Tahu, Tapi Tidak Sedar

     Sungguh, tahu dan sedar adalah dua kalimah yang berbeza dari sudut ejaan dan maknanya. Hakikatnya, ramai yang tahu tapi ramai yang tidak sedar. Tahu tentang apa? Tahu tentang kehinaan diri dan kerendahan martabat diri manusia itu sendiri iaitu seorang hamba. Seorang hamba dan dilahirkan oleh seorang hamba juga. Dan asal-usulnya adalah seorang hamba juga iaitu Adam A.S.. Adam A.S. ditugaskan untuk menjadi hamba Allah dan begitu juga para zuriatnya. Adam mengajarkan ilmu kepada umatnya dan begitulah para rasul lainnya. Lalu, ramai yang tahu hakikat kehambaan diri seorang manusia ini.
          Tapi, malang sungguh kerana ramai yang telah tahu itu tidak sedar akan hakikat itu. Hanya sekadar tahu di minda tetapi tidak sedar di hati. Begitulah nasib yang menimpa bapa saudara nabi Muhammad iaitu Abu Talib. Bukanlah Abu Talib tidak tahu tentang kesahihan dan kebenaran Islam. Namun, dia hanya sekadar tahu dan tidak sedar bahawa Islam adalah agama dari Allah. Di situlah kita lihat bahawa sedar itu datangnya dari hidayah Allah. Tanpa hidayah dari Allah, segala pengetahuan yang tersemat di minda hanyalah sekadar bersifat tersemat yang tiada hikmat.

Nikmat Yang Bermanfaat Lagi Menyelamat

Nikmat Yang Bermanfaat Lagi Menyelamat

 

 

 

  Hakikatnya, semua orang tahu dan menyedari bahawa dia tidaklah sempurna. Malah ketidaksempurnaan pada diri seseorang itu membuktikan bahawa dia adalah manusia yang sempurna. Kita boleh perhatikan firaun. Walaupun dia angkuh dan bongkak mendongak langit namun dia masih sedar bahawa dia adalah lemah dan tidak sempurna. Mungkin dia tidak menyatakan ketidaksempurnaannya dengan lisan, namun perlakuannya dapat kita tafsirkan bahawa Firaun juga menyedari bahawa dia juga lemah dan tidak sempurna.
          Telah terbukti bahawa Firaun memiliki tenteranya yang ramai. Hal ini adalah kerana Firaun tahu, tanpa tentera dan orang lain, dia juga tidak ada apa-apa. Di sinilah terzahir betapa manusia itu sebenarnya tahu bahawa dirinya lemah dan memerlukan bantuan yang lain. Di sinilah terpapar kenyataan bahawa manusia itu adalah bersifat dengan sifat ketidaksempurnaan yang amat berbeza sekali dengan penciptanya.

Ahad, 29 Januari 2012

KFA GAGAL DALAM MENGATUCARA PASUKAN BOLASEPAK KEDAH

KFA GAGAL DALAM MENGATUCARA PASUKAN BOLASEPAK KEDAH. PLAYER TAK SALAH. MEREKA DISUSUN & DISURUH MAIN. KFA BERTANGGUNGJAWAB ATAS KETIDAKMAJUAN KEBELAKANGAN INI.

• Hilang pemain yang berkualiti
• Tidak pandai(Bodoh) menetapkan jurulatih
• Tidak Profesional, mengekalkan manusia yang gagal dalam pengurusan bolasepak
• Tidak arif dalam memikirkan tentang kemajuan yang perlu dikecapi dengan keadaan semasa
• Masih mengekalkan perkara yang tak ada kemajuan

Senarai Penjaring Liga Super 2012

Senarai Penjaring Liga Super 2012

 

5 Gol:- Zairo Anuar Zailani ( T-Team ).

4 Gol:- Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan),Francis Doe Forkey (Terengganu).

3 Gol:- Jean Emmanuel Effa Owona (Negeri Sembilan),Mohd Fauzan Dzulkifli (PKNS),Shakir Ali (Negeri Sembilan).

2 Gol :- Faiz Subri (T-Team),K.Ravindran (Sarawak),Ashari Samsuddin (Terengganu),Safiq Rahim (Selangor),Akhmal Rizal Ahmad Rakhli (Perak),Mahmoud Ghadar (Kelantan),Mickael Joseph Nicoise (PKNS),Michael Baird (Sabah),Michal Kubala (Perak),Danny Antwi (Kelantan),Badhri Radzi (Kelantan),Azi Sharil (Johor FC),Riduwan Maon (Johor FC).

1 Gol :- Amirulhadi Zainal (Selangor),Raimi Mohd Noor (Felda United),Yong Kuong Yong (Felda United),Hairol Mokhtar (Sarawak),Baihakki Khaizan (Lions XII),Zachariah Simukonda (T-Team),Ismail Faruqi (Terengganu),Bobby Gonzales (Sabah),Azrul Ahmad(Felda United),Shahdan Sulaiman(Lions XII),Fauzan Abdullah(Kuala Lumpur),Indra Putra Mahayuddin (Kelantan),Khairul Ismail (Johor FC),Afiq Azmi (Kuala Lumpur),Shahurain Abu Samah (Negeri Sembilan),Shahrom Kalam (Perak),Hariss Harun (Lions XII),Lazar Popović (Perak),Farderin Kadir (Felda United),Ramez Jamal Dayoub(Selangor),Azidan Sarudin (Selangor),Zamri Morshidi (Sarawak),Sone Masue Kalle (Sarawak),Khyril Muhymeen (Kedah),Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain (Johor FC),Shukor Adan (Negeri Sembilan).


Jaringan Gol Sendiri :- Aiman Syazwan Abdullah (Kuala Lumpur),Helmi Rameli (PKNS).

Rujukan:-       http://www.fam.org.my/ 
                http://liga-m.sokernet.com/ 

Sabtu, 28 Januari 2012

Facebook bakal ditutup bulan March nanti?



Facebook bakal ditutup bulan March nanti?
klau betul mesti banyak orang kat malaysia x puas hati kan
klau betul jga confirm Twitter pula akan TOP kan...............

Jumaat, 27 Januari 2012

seandainya JENAZAH BERBICARA

“Demi Allah, seandainya JENAZAH yang sedang kamu tangisi boleh BERBICARA, lalu menceritakan (PENGALAMAN SAKARATUL MAUTNYA) pada kamu sekalian, nescaya kamu akan MELUPAKAN jenazah tersebut dan mulai MENANGISI DIRIMU SENDIRI.”
(Imam Al-Ghazali)

Khamis, 26 Januari 2012

Masa yang sesuai update blog dan naikan trafik

  • saya nak syorkanlah waktu-waktu yang sesuai untuk anda update blog dan ping blog anda:
  • kalau siang dari pada pukul 3 – 5 petang, tapi pukul 12 pun boleh…ini ikut pengalaman saya..untuk anda semua ping blog-blog anda.
  • kalau malam lebih sesuai ping pada pukul 8 – 12 malam..kerana ketika ini orang akan lebih santai untuk menghadap laptop masing2.

andai bisa aku putar masa



mana letak nya nilai kasih ku pdmu
hnya madah lidah menikam kalbu
jika semalam kau mmberi seribu harapan
tapi kini kau mmberi seribu kepiluan kepadaku

andai bisa aku putar masa
ingin aku buang segala kenangan bersama mu
tapi bagaimana bisa,kerna janji setia telah terikat
mana bisa kerna sumpah sehati telah ku lontarkan

kasih pergi saja dari aku
andai ini akan bahagiakan aku semula
     
Senarai Pemain Kedah 2012
     
  1. Azmizi Azmi
  2. Mohd. Sany Mat Isa
  3. Mohd Bashahrul Abu Bakar
  4. See Kok Luen
  5. Mohd Kamal Azira Abdul Manah
  6. Ahmad Basri Abdul Wahid
  7. Abdul Latiff Suhaimi
  8. Baddrol Bakhtiar
  9. Mohd Khyril Muhymeen Zambri
  10. Mohd. Faizal Abu Bakar
  11. Amar Rohidan
  12. V Thirumurugan
  13. Mohd Sabree Mat Abu
  14. Mohd Fauzie Nan
  15. Khairul Helmi Johari
  16. Mohd Helmi Eliza Elias
  17. Abdul Hadi Abdul Hamid
  18. Mohamad Muhaimin Mohamad
  19. Helmi Eliza
  20. Fazliata Taib
  21. Danilo Vivaldo
  22. Daniel Baroni
  • no hanya sebagai list bkn no jersi

Nilai sebuku roti kepada penjaga gol Trabzonspor



Nilai sebuku roti kepada penjaga gol Trabzonspor (Tolga Zengin)

Dalam satu perlawanan UEFA Cup antara Athletic Bilbao (Spain) dan Trabzonspor (Turki), ketika perlawanan menuju minit-minit akhir, salah seorang penyokong Bilbao cuba untuk mengalih perhatian penjaga gol Trabzonspor, Tolga Zengin dengan melemparkan sebuku roti kepada penjaga gol tersebut.

Tetapi Tolga Zengin telah mengutip roti tersebut dan meletakkannya di dahi. Kemudian beliau memberikan roti tersebut kepada pengawal keselamatan bagi mengelakkan roti tersebut hancur dalam perlawanan itu.

Selepas perlawanan itu, atas permintaan wartawan Eropah, Tolga Zengin yg juga merupakan kapten pasukan Trabzonspor telah mengadakan sidang akhbar bagi menjawab tindakan beliau;

"Tiada apa yg mengejutkan dengan tindakan saya. Apa yg mengejutkan saya ialah apabila melihat sebuku roti telah dilemparkan ke atas padang untuk menyakiti saya sedangkan ramai manusia sedang kebuluran di Somalia"..

 "ORANG KITA jgn ckap roti..beger..kacang..air pun beterbangan..jadi jadikan  la iktibar"

Selasa, 24 Januari 2012

HARAM jika jadikan wanita itu kekasih...........

jgn pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia ,
 

jgn buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia ,




 jgn memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti ,
 

 jgn sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya ,
 

 jgn mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya

*HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya

Dialog Antara Perempuan dan Lelaki



Perempuan : saya tidak layak untuk awak. 

Lelaki : Kenapa? 

Perempuan : Awak dari kalangan orang baik-baik.. Sedangkan saya. 

Lelaki : Saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi? 

Perempuan : Awak pintar, awak ada banyak peminat. 

Lelaki : Peminat? Saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Perempuan : Saya juga tidak terlalu arif dalam ilmu agama. 

Lelaki : Kita boleh mendalaminya bersama-sama. 

Perempuan : Saya tidak cantik. Tidak seperti mereka.

Lelaki : Tuhan marah mendengar perkataan awak tadi. sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak. 

Perempuan : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan. 

Lelaki : Perbezaan membuat kita lengkap. 

Perempuan : Awak terlalu sempurna. 

Lelaki : Belum. Akan sempurna jika awak ada. 

Perempuan : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi. 

Lelaki : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga? 

Perempuan : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta

EPL top scorer

EPL top scorer


Sabtu, 21 Januari 2012

Sejarah Piala Malaysia

Sejarah Piala Malaysia bermula dengan Piala Malaya

Piala Malaya yang dipertandingkan pada awal 1920-an dimana kejohanan tersebut disertai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu. Ketika itu perlawanan akhir melibatkan juara utara dan juara selatan yang melalui kejohanan dibahagian masing-masing

Juara pertama Piala Malaya- Singapura 1921

Pada tahun 1933, Piala Malaya telah ditukar nama kepada Piala HMS Malaya yang diambil semperna nama kapal perang HMS Malaya

Juara pertama Piala HMS Malaya- Singapura 1933



                                                   Piala H.M.S. Malaya



Pada tahun 1967 piala tersebut telah digantikan dengan piala yang baru iaitu Piala Malaysia

Juara pertama Piala Malaysia- Perak 1967




                                                        Piala Malaysia